Access over 20 million homework & study documents

Designing a Web-Based Science

Content type
User Generated
Type
Study Guide
Rating
Showing Page:
1/2
Ulasan Artikel
Nizamuddin Razali, Universiti Sains Malaysia (USM)
“Designing a Web-Based Science Learning Environment for Model-Based Collaborative Inquiry”
Daner Sun · Chee-Kit Looi
Perkembangan teknologi yang semakin pesat pada hari ini menyaksikan pelbagai jenis koswer telah dihasilkan dan
dibangunkan dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan proses pembelajaran pelajar. Ini ditambah
dengan kemunculan generasi Y yang telah dibiasakan dengan penggunaan teknologi dari kecil yang menyebabkan
guru-guru pada hari ini perlu menggunakan pendekatan yang sealiran dengan perkembangan semasa mereka untuk
menarik minat mereka dalam pembelajaran. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menerangkan proses yang telah
dijalankan bagi membangunkan koswer/program pembelajaran sains yang dipanggil WiMVT (web-based inquirer
with modeling and visualization technology )
Koswer ini merupakan penambahbaikan daripada koswer-koswer yang telah dibangunkan dan dikaji sebelum ini
bagi digunakan untuk pengajaran sains. Walaubagaimanapun hampir kebanyakkan koswer ini mempunyai kebaikan
dan kelemahannya tersendiri terutama dalam aspek aplikasi, dimana faktor-faktor penting yang mempengaruhi
pembelajaran pelajar apabila menggunakan koswer tersebut tidak diambilkira. Oleh sebab itu, koswer ini
dibangunkan dengan bukan sahaja mengambilkira faktor aplikasi sebagai faktor utama, malah mengambilkira
beberapa elemen lain yang mendasari pembangunan koswer ini. Secara ringkasnya koswer ini cuba untuk
meningkatkan kefahaman pelajar dalam mempelajari sains terutama dalam memahami konsep sains, kaedah
penemuan sains secara inkuiri, serta bagi membentuk dan membangunkan kemahiran berfikir secara kritik dengan
menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan model secara kolaboratif.
Koswer ini terdiri daripada beberapa elemen utama yang menjadi asas kepada peningkatan pemahaman pelajar
dalam pembelajaran sains. Koswer WiMVT ini merupakan program berasaskan web yang beroperasi menggunakan
internet dan boleh dilayari menggunakan pencarian web yang sedia ada. Pelajar akan melalui semua fasa yang
terdapat dalam koswer ini dengan dipantau dan dibantu oleh guru sebagai pemudahcara. Aliran proses
penggunaannya adalah bermula dengan guru akan menetapkan terlebih dahulu ahli dalam setiap kumpulan pelajar
serta projek sains yang akan dijalankan dan dipelajari oleh pelajar mengikut sukatan pelajaran. Dalam kajian ini,
konsep aliran arus elektrik dalam litar dipilih. Pelajar akan log masuk ke dalam program tersebut, dan akan
mengikuti setiap fasa yang telah disediakan dalam koswer tersebut yang terdiri daripada fasa Contextualize, Q&H,
Pre-model, Plan, Investigate, Model, Reflect, dan Apply. Dalam setiap fasa tersebut, pelajar disediakan ruang untuk
berkomunikasi sesama ahli kumpulan dan dengan guru pada waktu yang sama ataupun pada waktu yang berbeza.
Setiap fasa tersebut telah direkabentuk untuk menjana dan membimbing pemikiran pelajar untuk bersikap ingin
tahu dan kritis supaya dapat membantu mereka memahami dengan sendiri dan secara lebih mendalam tentang
konsep sains tersebut. Elemen untuk membantu pelajar melukis dengan tepat sesuatu model sains juga ditekankan.
Antara kelebihan koswer ini berbanding koswer sedia ada yang telah dibangunkan sebelum ini adalah; 1) dapat
membantu guru dan pelajar menjana, menyusun, dan menyelaraskan bahan mereka secara online; 2) menggunakan
pendekatan model progresif dimana fasa dalam koswer tersebut disusun mengikut tahap kepayahan dan kerumitan
supaya tahap kemahiran model pelajar dapat ditingkatkan daripada tahap yang rendah kepada tahap yang lebih
tinggi dan juga meningkatkan tahap penaakulan mereka; 3) mengintegrasikan alat komunikasi bagi perhubungan
pada masa yang sama dan pada masa yang berbeza seperti ruang sembang, ruang kerja yang dikongsi bersama dan
peti email supaya perbincangan secara berkumpulan, penilaian sesama sendiri, refleksi individu dan maklum balas
yang segera daripada guru dapat dijalankan untuk meningkatkan motivasi pelajar dengan memantau sendiri proses
pembelajaran mereka, dan bagaimana mereka dapat dinilai dan memperbaiki kelemahan mereka melalui interaksi
secara sosial; 4) menyediakan pelbagai kaedah penyampaian bagi memudahkan pemahaman terhadap sesuatu
konsep sains yang bersifat abstrak dan sukar atau mustahil untuk dicerap fenomenanya secara terus seperti gambar,
animasi flash, video dan aplikasi java.

Sign up to view the full document!

lock_open Sign Up
Showing Page:
2/2

Sign up to view the full document!

lock_open Sign Up
Unformatted Attachment Preview
Ulasan Artikel Nizamuddin Razali, Universiti Sains Malaysia (USM) “Designing a Web-Based Science Learning Environment for Model-Based Collaborative Inquiry” Daner Sun · Chee-Kit Looi Perkembangan teknologi yang semakin pesat pada hari ini menyaksikan pelbagai jenis koswer telah dihasilkan dan dibangunkan dengan tujuan untuk memudahkan dan meningkatkan proses pembelajaran pelajar. Ini ditambah dengan kemunculan generasi Y yang telah dibiasakan dengan penggunaan teknologi dari kecil yang menyebabkan guru-guru pada hari ini perlu menggunakan pendekatan yang sealiran dengan perkembangan ...
Purchase document to see full attachment
User generated content is uploaded by users for the purposes of learning and should be used following Studypool's honor code & terms of service.

Anonymous
I was having a hard time with this subject, and this was a great help.

Studypool
4.7
Trustpilot
4.5
Sitejabber
4.4